Followers

Jom tgk ada apa kat sini

Monday, May 30, 2011

Bajak Laut dari Carribean

Ouwh tajuk x leh belah kan hahaha, gugel yg translatekan tau haha.. cerita yang ditunggu2.. disbbkan tinggal jauh dari kotaraya so kami pergi hari minggu, 2 hari sblm pergi booking tiket online ambik tayangan paling awal, destinasi yang dipilih midvelli sbb nk ambik gmba kt kapal besar tu hehehe... saje la ambik tiket sbbnye awal bleh blk rumah awal.. seawal jam 9 pagi bertolak dr rumah, trafik pun berjalan lancar, tapi kearah utara mmg kete banyak, kompius gak knape.. ooo rupe2 nya skolah dh start cuti.. ahh sudahh.. balik nnti msti jem.. tensi tensi.. x pe x pe demi mu Jack Sparrow ku rela apa saja..

Disebabkan kami ambik tayangan plg awal, sesampai je midveli org x de la ramai, parking pun senang.. lps ambik tiket sambil2 tggu waktu tayangan jalan2 cuci mata, lenguh jalan lepak2 plk.. masuk toilet ,minum2 & macam2 lagi la nk habiskan masa sejam.. 15 minit sblm tayangan cam biasa la ur beli coke & popcorn hahaha..memula kunun ckp x mo beli sekali sampai depan tu bau popcorn menusuk kalbu apa lagi dgn pantas g beli jgk kekekekeke...


ni gambar kat kotak popocorn hehe


sebelum masuk panggung possing dulu


salah satu babak lam citer tu


memang menyesal tgk dalam versi 3D, ntah pape jek.. rugi duit je, dh bleh nasik 2 bungkus tau... hahahha

2 jam sudah berlalu dh siap pun tgk muvi, keluar je dari wayang mak aihhh org ramai giler sib bek kak aurora datang awal kalau tidak meme pening ler... sebelum balik kna bgambar kt kapal besar dulu, tu motip utama g tgk wayang midbeli sbnrnya hehehe












okeh dh puas sessi bergambar, cepat2 keluar dari midbeli... sebelum kelemasan baik belahh hahaha...

moral of the story : baik pegi awal2 bleh balik awal haha


Saturday, May 28, 2011

Maharaja Lawak Minggu 9

INI SIARAN LANGSUNG KE?? BOLEH TUJU LAGU??


Minggu ni Maharaja Lawak kurang kick ler, sib bek kumpulan jambu menyelamatkan keadaan, memang gelak besar mlm ni tgk kumpulan jambu, mmg the best la... apa pun x boleh hehehehe


1. R2



2. Balas



3. Nabil



4.Sepah



5.Nabil



6. Jozan



7. Jambu



aku punya pilihan :
1. Jambu
2. Sepah
3. Jozan

aku igt R2 / Nabil yg tersingkir minggu ni rupa2 nya kumpulan balas yg keluar, tiada lagi lawak double meaning mggu depan, aku mmg suka lawak dia wakaka.. tipu kalau korang kata tak suka lawak double meaning kan hahahaha..


Anda seorang yang berbakat?? Klik sini

Friday, May 20, 2011

Maharaja Lawak Minggu 8

Mggu ni punye ML ada undi masuk, dh agak R2 yg masuk, igtkan diorg yg keluar rope2nya MAN yg keluar.. bagi aku kesuluruhan nye persembahan Sepah yg terbaekk kedua jozan dan ketiga jambu.. ckp byk pun x gune, korang tgk & nilai sendiri ye... layannnzzz


1. Nabil



2.Jambu



3.R2



4.Jozan



5.Man



6.Sepah



7.Balas



Pilihan aku
1. Sepah
2. Jozan
3. Jambu
4. Balas
5. R2
6. Man
7. Nabil

Saturday, May 14, 2011

Maharaja Lawak Minggu ke-7

Dh 7 mggu ML bersiaran tapi x penah hapdet kat blog pun kan, tatau knp tetiba mlm ni ter rajin plk hehehe.. x yah ckp banyak layan n komen sdiri la ye


1. Sepah




2. Amir





3. Balas




4. Jambu




5. Nabil




6. Jozan




7. Man



yg paling best kumpulan jambu.. sakit perut aku gelak.. dh lame x gelak besar hehe







NAK IPAD 2, BLACKBERRY BOLD 3 ATAUPUN IPOD TOUCH

Sunday, May 8, 2011

Hukum Sambut Hari Ibu








Credit to : Adriana Damia Sabrina



Hari ibu yang disambut pada setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada si ibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.
Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

Maka jawabnya HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari“The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.





ASAL USUL HARI IBU


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of Mothers Day




Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]







Sambutan hari ibu perlu menimbul isu satu ketika dulu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:


Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.


Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Photobucket