Followers

Jom tgk ada apa kat sini

Saturday, December 29, 2012

Rebat Smartphone RM200 - Senarai Smartphone di bawah RM500


Pada pembentangan Bajet 2013 PM mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 untuk pembelian Smartphone atas nama Pekej Komunikasi Belia. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Januari 2013 - 31 Disember 2013 melalui laman web SKMM (klik sini). Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu Smartphone untuk satu belia.

Buat masa ini terdapat 23 peranti yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia. 23 Smartphone berikut merupakan Smartphone 3G dibawah RM500.


Mesra mobileModel : Alcatel 993D
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 1Ghz Processor
Memory : 8Gb, microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Alcatel OneTouch Glory 2
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 650Mhz Processor, 256MB RAM
Memory : 150Mb, microSD
Camera : 3 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Alcatel OneTouch Inspire 2
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 4 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 800 MHz Processor
Memory : 150Mb, microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : HTC Wildfire
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 600 MHz ARM 11 Processor, 512Mb RAM
Memory : 512Mb, up to 32Gb microSD
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Huawei Ideos X3
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 600 MHz Processor, 256MB RAM
Memory : 512Mb, up to 32Gb microSD
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : LG Optimus L3
Platform : Android 2.3.6 (Gingerbread)
Display : 3.2 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 800 MHz Processor, 348MB RAM
Memory : 1Gb, up to 32Gb microSD
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Ninetology Black Pearl II
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : Dual-Core 1 GHz processor, 512MB RAM
Memory : 4Gb, up to 32Gb microSD
Camera : 5 Megapixel, 0.3 Megapixel Front camera
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Ninetology Palette (Dual Sim)
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 832MHz processor
Memory : Up to 32Gb microSD
Camera : 2 Megapixel, 0.3 Megapixel Front camera
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Nokia 2730
Platform : -
Display : 2 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : -
Memory : 30Mb, up to 2GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobileModel : Nokia 7230
Platform : -
Display : 2.4 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : -
Memory : 45Mb, up to 16GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobileModel :Nokia Asha 305 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 10Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobileModel : Nokia Asha 308 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 20Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobileModel : Nokia Asha 311
Platform : -
Display : 3 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : 1Ghz Processor
Memory : 140Mb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : -
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Nokia C2-03 (Dual SIM)
Platform : -
Display : 2.6 Inch , 240 x 400 pixels
Processor : -
Memory : 10Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : -
Wifi : -
Mesra mobileModel : Nokia Lumia 610
Platform : Microsoft Windows Phone 7.5 Mango
Display : 3.7 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 800 MHz ARM Cortex-A5 Processor, 256MB RAM
Memory : 8Gb
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Samsung Galaxy Chat
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), upgradable to v4.1 (Jelly Bean)
Display : 3 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 850 MHz Processor
Memory : 4Gb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Samsung Galaxy Mini
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 3.4 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 600 MHz ARMv6 Processor, 384MB RAM
Memory : 160Mb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Samsung Galaxy Pocket
Platform : Android 2.3 (Gingerbread)
Display : 2.8 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 832 MHz ARM 11 Processor
Memory : 3 Gb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Samsung Galaxy Y
Platform : Android 2.3.5 (Gingerbread)
Display : 3 Inch , 240 x 320 pixels
Processor : 830 MHz ARMv6 Processor, 290MB RAM
Memory : 180Mb, up to 32GB
Camera : 2 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : Sony Xperia Tipo
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 3.2 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 800 MHz Cortex-A5 Processor, 512MB RAM
Memory : 3 Gb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : ZTE Acqua
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 4 Inch , 480 x 800 pixels
Processor : 1 GHz Cortex-A5 Processor, 512 MB RAM
Memory : 4 Gb, up to 32GB
Camera : 5 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : ZTE V790 (Dual SIM)
Platform : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
Display : 3.5 Inch , 320 x 480 pixels
Processor : 1Ghz Processor, 512 MB RAM
Memory : 1 Gb, up to 32GB
Camera : 3.15 Megapixel
GPS : A-GPS
Wifi : Wi-Fi 802.11 b/g/n
Mesra mobileModel : The Buzz Phone
Platform : -
Display : 2.2 Inch
Processor : -
Memory : -
Camera : 1.3 Megapixel
GPS : -
Wifi : -



sumber : Mesra Mobil

notakaki : nanti korang pandai2 la tanya en gugel n explore sdiri pasal hp ni jangan tanya aku.. gugel tau gugel.. 

Lagi tawaran hebat disini 

Friday, November 9, 2012

Monday, October 22, 2012

Juara Piala Malaysia 2012

Tahniah sekk kitoo.. buleh 3 piala tahun ni
Gomo Kelate Gomo



SHAH ALAM – Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.
Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Jaringan kemenangan daripada Indra itu seolah-olah mengesahkan kata-kata pengendali Kelantan, Bojan Hodak pada sidang media pengurus pasukan kelmarin, yang mengatakan ATM tidak dapat bertahan sehingga penghujung perlawanan kerana terdiri daripada ramai pemain berumur.
Berpunca daripada gerakan pantas Shakir Shaari dan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya yang tidak dapat dibendung pemain ATM, Indra pantas mencari ruang kosong sebelum melepaskan rembatan menarik ke arah sebelah kanan pintu gol.
Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dua kali meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-44 dan 50, namun dapat disamakan sebanyak dua kali oleh ATM melalui Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.
Kekalahan ATM bermakna tiada lagi magis Hairuddin Omar dalam penampilan final kelima Piala Malaysia apabila buat pertama kali pemain berusia 33 tahun itu gagal membawa pulang trofi keagungan bola sepak negara bersama pasukan yang diwakilinya selepas melakukannya empat kali sebelum ini bersama Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Dalam aksi akhir yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta kira-kira 80,000 penonton itu, kedua-dua pasukan berjaya menampilkan permainan menghiburkan tetapi diselangi kekecohan di babak terakhir perlawanan ekoran keputusan pengadil yang mengundang kontroversi.
Malah, hampir terjadi pergaduhan ketika perlawanan tinggal lima minit untuk ditamatkan selepas pemain ATM bertindak meneruskan perlawanan ketika Indra mahukan Shakir yang cedera diberikan rawatan namun pengadil, Nafeez Abd. Wahab pantas membendung insiden lebih buruk daripada terjadi.
Barisan tengah ATM dilihat cukup pincang pada babak pertama biarpun dibarisi pemain berpengalaman seperti Rezal Zambery Yahya dan Bruno Martelotto apabila gagal merencanakan sebarang gerakan menarik.
Christie Jayaseelan dilihat sedikit gugup pada penampilan pertama di final selain Marlon Alex James dapat dirantai kemas oleh Obinna Nwaneri.
Situasi itu bijak dieksploitasi oleh Kelantan sepenuhnya yang mempamerkan rentak penuh bertenaga dengan sekurang-kurangnya empat percubaan tepat dengan salah satunya menembusi gawang ATM pada minit ke-44.
Kesilapan Farizal Harun yang tidak menangkap kemas rembatan Mat Yo yang menerima umpanan Mohd. Badri Mohd. Radzi atau Piya membuka tirai jaringan Kelantan, ketika perlawanan separuh masa pertama hanya menunggu masa untuk ditamatkan.
Pengendali ATM, B. Sathianathan bagaimanapun ternyata mempunyai percaturannya tersendiri pada separuh masa kedua dan pasukannya hanya menunggu masa selama empat minit sebaik permainan bermula untuk menyamakan kedudukan melalui Rezal Zambery hasil sepakan leret dari jarak 25 meter.
Kegembiraan ATM bagaimanapun hanya bertahan selama seminit apabila Norshahrul sekali lagi membuktikan bisanya belum hilang menerusi serangan balas pantas dan memperdaya K. Reuben sebelum melepaskan sepakan yang tidak diselamatkan Farizal.
Namun, semangat juang ATM sama sekali tidak padam, percaturan bijak Sathia memasukkan dua pemain gantian, Venice Elphi Danny Kaya dan Mohd. Fitri Omar mengambil alih peranan sayap kiri pada minit ke-60 ternyata membuahkan hasil mengkucar-kacirkan benteng Kelantan.
Selepas Venice dijatuhkan berhampiran kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan, Marlon melonjak tinggi menanduk masuk ke dalam gawang bagi gol penyamaan ATM pada minit ke-62.
Kelantan bagaikan berada dalam lamunan kira-kira 15 minit perlawanan selepas ATM dapat menyamakan kedudukan tetapi tiada sebarang jaringan dapat dihasilkan sehingga memaksa perlawanan diheret masa tambahan.

sumber : www.kelate.net

Monday, October 1, 2012

Permohonan Masuk Ke Tingkatan Satu Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan 2013


Maahad-Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan adalah seperti berikut:
1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
2. MAAHAD MUHAMMADI (P)
3. MAAHAD TAHFIZ SAINS
4. MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada   tahun 2000 adalah layak memohon masuk Maahad Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
                    
1.2  Keputusan UPSR 2012 mendapat 5A
1.3  Permohonan boleh dibuat di Maahad berkenaan
1.4  Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan / Maahad kawalan / dimuat turun dari laman web YIK
1.5  Permohonan dibuka mulai  1 Oktober 2012 (Isnin) sehingga Dua Minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
1.6  Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan.
Maklumat lanjut & BORANG KEMASUKAN boleh klik kat SINI


sumber : BLOG YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)









Wednesday, June 27, 2012

Wang Kertas Baru


Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa wang kertas siri baharu Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.
Susulan pengumuman awal mengenai wang kertas siri baharu ini pada bulan Mei 2011, Bank Negara Malaysia telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan yang berkenaan untuk membolehkan pengenalan wang kertas siri baharu Malaysia ini berjalan dengan lancar. Pihak berkepentingan tersebut termasuk:
  • institusi kewangan;
  • kompleks membeli-belah;
  • syarikat pengangkutan awam;
  • syarikat telekomunikasi;
  • pengendali tempat letak kereta;
  • pemilik kios pembayaran; dan
  • pengendali mesin wang tunai dan tiket.
Sehubungan dengan ini, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepat penentukuran/ pengubahsuaian (calibration/ modification) mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baharu Malaysia ini untuk kemudahan orang ramai. Namun, sekiranya penentukuran/pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai 2012, walaupun notis untuk berbuat demikian telah dikeluarkan sejak lebih enam bulan yang lalu, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual untuk  kemudahan orang ramai.
Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas siri baharu Malaysia ini, orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm.gov.my

maklumat lanjut baca sini
Bank Negara Malaysia


26 June 2012



ni la rupe duit kertas yg baru


sumber : Bank Negara






Apa ada kt sini :
Whatchuwant?
Monster University

Friday, May 11, 2012

Drama Rooftop Prince

gambar ni aku ambk kt sini


Sape tgk citer ni sila pegang telinga...nak tau sinopsis pepandai la gugel ye hahaha.. cerita ni skrg sdg bersiaran kt astro channel 393, baru nk msk episod 7 mggu depan.. aku dh jatuh cinta dgn ini cerita, x sabar nk tggu episod seterusnya so aku layan online je la hahaha.. cerita ni ada 20 episod semuanya, kt korea pun belum abes lagi.. ada lagi 6 episod hehe..

sedih gak citer ni..selalu sebak je tgk kisah heroin tu.. kesian dia huhuhu.. harap2 hepi ending la jgn jd macam citer 49 days sudahlah.. abih satu kotak tissue wat lap air mata ms nengok citer tu.... gila kan hahaha

Friday, May 4, 2012

Sup Tulang Merah Singapura @Rawang

2-3 mggu lepas dok teringin nk makan sup tulang merah singapore, cuba ty incik gugel dia bgtau kat jalan tar, igt nk g sabtu mggu lps.. lupa plk ada perhimpunan bersih kat kl.. gugel area shah alam x de plk pastu try gugel rawang yeahh jumpe nama kedai dia JAM'S KITCHEN, tanpa mmbuang masa terus g sana.. sblm tu aku da buat research apa yg best kat sana.. kedai tu namanya jams kitchen..kat rawang sentral, nak cari rawang sentral pun satu hal dh.. finally jumpe gak dgn bantuan encik gugel maps... jalan nk pi ipoh rupenye.. da smpai situ kami serentak ckp.. oo kat sini rupenye hahaha..

sampai je kat dlm kedai tu menarik, semuanya warna putih....sejuk mata memandang.. lps aku masuk je dtg waiter bg buku menu, aku pun dgn pantas oder sup tulang merah pastu partner aku ckp dia da kenyang so aku order kacang pool utk dia sbb aku dh research tu mknn yg popular gak kat situ haha.. aku nmpk kt menu dia ada 3 layer tea so aku oder yang tu la, partner aku cam biasa la air milo hahaha..




ni 3 layer kalau kat swk diorg panggey tea c peng

sup tulang merah.. yummy!!

kacang phool.. mmg sdp.. da lama x makan, dolu2 maksu aku suka buat

kesimpulannya mmg sedap semuanya.. aku rekemen la makan kat sini lagi2 dia punya phool tu.. mmg mabeles.. kalau sapa2 nak gi kedai dia ni alamatnya :

NO 6 Jalan RS/1,
Rawang Sentral,
Rawang Selangor
Tel : 03-60921657

Saturday, February 4, 2012

Makan-makan lagi

Td g sungai buluh ambk kezen kt nursing college.. igt nk beli ytf kt btg kali.. masa kelura toll bkt beruntung tetiba tingat kedai cina muslim.. ermm ubah plan g situ.. memula order dimsum dh abes.. pastu oder wantan ngn nasik putih udg 3 rasa.. gilerr aku makan banyak hahaha

wantan

udang 3 rasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan

Photobucket